Rancangan Mengajar
Kelas :
Auyyun An-Nur.
Bilangan murid : 25/25 orang.
Umur : 6 tahun.
Hari : Rabu ( minggu ke- 4 ).
Masa : 45 minit ( 9.00 pagi – 9.45 pagi
)
Tarikh :
23 Ogos 2012.
Tema
:
Haiwan Liar
Tunjang utama :
Tunjang Komunikasi – Bahasa Melayu
Tunjang disepadukan :
i.
Fizikal
dan Estetika - Kreativiti.
ii.
Perkembangan
Fizikal dan Penjagaan Kesihatan.
Standart Pembelajaran Utama :
( BM 1.1.13 ) mendengar dan memberi
respon terhadap perbualan, permintaan, cerita, dan lagu.
( BM 1.1.10 ) mengenal pelbagai suara di
persekitaran murid.
Standart Pembelajaran yang Disepadukan :
( KTI 2.1.13 ) menyanyi dengan gerakan.
( PFK 2.1.22 ) membuat pergerakan
menggunakan seluruh anggota badan
Objektif Pembelajaran : Di akhir pembelajaran murid dapat :
i.
mendengar
dan memberi respon terhadap perbualan, permintaan, cerita, dan lagu ketika
proses PNP.
ii.
mengenal
pelbagai suara haiwan-haiwan liar yang di dengarkan melalui laptop dengan baik.
iii.
menyanyi
dengan gerakan berdasarkan lagu seperti berjalan seperti gajah, berlari seperti serigala, singa, dan harimau seperti bergayut seperti monyet...
iv.
membuat
pergerakan menggunakan seluruh anggota badan berpandukan haiwan-haiwan tersebut
sambil gunakan topeng haiwan-haiwan liar.
Pengetahuan
sedia ada : murid boleh mendengar
dan memberi respon terhadap perbualan, permintaan, cerita, dan lagu ketika
proses PNP dengan baik, serta dapat menyanyi dengan membuat pergerakkan
berdasarkan lagu, dan membuat pergerakan menggunakan seluruh anggota badan
berpandukan haiwan-haiwan tersebut sambil menghasilkan bunyi haiwan itu .
Penerapan nilai : Memberi perhatian, bersungguh-sungguh,
bekerjasama, mengenalpasti.
Alat Bantu Mengajar : Kad imbasan, LCD, laptop, topeng,
dan kotak, patung haiwan liar.
KBKK
: Menghubungkaitkan,
menjana idea.
MI
: Kinestetik tubuh, intrapersonal, visual dan ruang, muzik, dan verbal
linguistik.
Kosa kata : gajah, harimau, singa, monyet dan serigala.
Rancangan Mengajar
|
Masa
|
Aktiviti guru
|
Aktiviti murid
|
Catatan
|
Set
induksi
(
5 minit )
|
-
Guru masuk ke dalam kelas sambil memakai topeng haiwan
liar dan membawa sebuah kotak.
-
Guru bertanyakan kepada murid apa yang mereka tahu tentang haiwan
liar.
-
Guru menerangkan tentang haiwan liar berdasarkan alat bantu mengajar
yang di bawa.
|
-
Murid melihat dalam keadaan tertanya-tanya.
-
Murid menjawab dengan pelbagai jawapan tentang haiwan
liar dengan keadaan yang teruja.
-
Murid mendengar penerangan guru tentang haiwan liar dengan penuh
perhatian.
|
ABM
: topeng haiwan liar, kotak, dan patung haiwan liar.
Objektif:
-
Penerapan
nilai : -
KBKK
: -
MI : intrapersonal.
|
Langkah 1
( 15 minit )
|
-
Guru meminta murid membentuk separa bulatan.
-
Guru mengeluarkan kad imbasan dan meminta murid mengejaan menyebut nama-nama haiwan tersebut.
-
Kemudian, guru memilih murid secara rawak dan meminta
mereka memadankan gambar dan nama haiwan yang di letakkan di papan putih.
-
Guru meminta murid berdiri di tempat masing-masing untuk
aktiviti nyanyian tentang haiwan liar sambil melakukan beberapa pergerakkan
tentang haiwan tersebut yang tertera pada LCD.
|
-
Murid mendengar arahan guru dan bergerak membentuk separa
bulatan.
-
Murid mendengar arahan guru dan mengeja dan menyebutkan
nama haiwan-haiwan yang terdapat pada kad imbasan.
-
Murid memadankan gambar dan nama seperti yang diminta
oleh guru dengan perasaan yang teruja.
-
Murid mendengar arahan guru dan melakukan aktiviti
tersebut dengan perasaan yang seronok dan gembira.
|
ABM
: kad imbasan, LCD, laptop.
Objektif
:
( i ) ( iii ) ( iv )
Penerapan
nilai : memberikan perhatian
KBKK
: menjana idea.
MI
: kinestetik tubuh, muzik, dan verbal linguistik.
|
Langkah
2
(20 minit )
|
-
Guru membahagikan murid kepada 5 kumpulan di mana setiap
kumpulan mempunyai seekor haiwan liar yang telah mereka pelajari dan guru
meminta seorang wakil dari setiap kumpulan tersebut ke hadapan.
-
Guru meminta wakil-wakit tersebut untuk memilih salah
satu daripada sampul surat yang bewarna yang berada di tangan guru dan
meminta mereka merahsiakan daripada rakan mereka haiwan apakah yang mereka
dapat.
-
Guru meminta ahli kumpulan lain duduk di tempat
masing-masing, dan meminta setiap wakil daripada kumpulan untuk membuat
pergerakkan dan suara haiwan yang mereka pilih, dan meminta rakan mereka yang
lain untuk meneka apakah haiwan tersebut.
-
Setelah selesai, guru meminta murid duduk di tempat
masing-masing dan guru memberikan lembaran kerja. Guru meminta murid untuk
memadankan dan mengisi tempat kosong dengan nama yang sesuai dengan haiwan
yang telah mereka pelajari sambil memberikan bimbingan kepada murid yang
tidak tahu.
|
-
Murid bergerak membentuk 5 buah kumpulan dan wakil daripada kumpulan
tersebut ke hadapan seperti yang di minta oleh guru.
-
Murid memilih sampul surat yang berda di tangan guru dengan perasaan
teruja.
-
Murid mendengar dan mengikut arahan seperti yang diminta oleh guru,
dan melakukan aktiviti tersebut dengan perasaan gembira.
-
Murid meminta guru menunjukkan nama haiwan yang mereka tidak tahu.
|
ABM
: laptop, sampul surat berwarna, lembaran kerja.
Objektif
:
(
ii ) ( iii ) ( iv )
Penerapan
nilai : bekerjasama, menumpukan perhatian.
KBKK
: menghubungkaitkan.
MI
: kinestetik tubuh, muzik, dan verbal
linguistik.
|
Penutup
(
5 minit )
|
-
Guru bersoal jawab dengan murid tentang apa yang telah
mereka pelajari pada hari ini.
-
Guru meminta murid menamakan semula haiwan liar dan suara
mereka yang ditunjukkan oleh guru melalui kad imbasan.
-
Guru meminta murid berdiri dan menyanyikan semula lagu
yang telah dipelajari iaitu tentang haiwan liar bersama-sama.
|
-
Murid menjawab dengan penuh semangat tentang apa yang
telah mereka pelajari pada hari ini iaitu tentang haiwan liar.
-
Murid menamakan semula haiwan liar dan suara mereka
seperti yang diminta oleh guru.
-
Murid mendengar arahan guru, dan menyanyikan
bersama-sama.
|
ABM : kad imbasan, LCD
Objektif :
( i ) ( ii ) ( iii ) ( iv )
Penerapan nilai : member tumpuan, mengenalpasti.
KBKK : menghubungkaitkan, menjana idea.
|
Impak : Secara keseluruhannya,
sebahagian besar orang murid telah dapat mencapai objektif pembelajaran dan
pengajaran pada hari ini iaitu tentang haiwan liar. Cara pengajaran penggunaan
alat bantu mengajar ( ABM ), adalah penting untuk murid-murid, misalnya
penggunaan bahan maujud supaya murid akan lebih faham tentang P&P selain
daripada membuat latihan. Oleh itu, guru perlu meningkatkan kepelbagaian teknik
dan kaedah pengajaran agar murid-murid lebih faham tentang apa yang diajar oleh
guru.
Lagu : mana jari saya
Mana
harimau?….mana harimau?
Aumm..aumm…aummm..aumm..aummm..aumm
Di
sana ada harimau…. Di sana ada harimau…La..la..la..la..la..la..
Mana
gajah?….mana gajah?
Dumm…dumm..dumm..dumm..dumm..dumm..
Di
sana ada gajah…. Di sana ada gajah…La..la..la..la..la..la..
Mana
singa?….mana singa?
Grrr…grr…grr…grr..grr…grr….
Di
sana ada singa…. Di sana ada singa…La..la..la..la..la..la..
Mana
monyet?….mana monyet?
Uuk..ukk..uuk..uuk..uuk…uuk…
Di
sana ada monyet…. Di sana ada monyet…La..la..la..la..la..la..
Mana
serigala?….mana serigala?
Wuff..wuff..wuff..wuff..wuff..wuff….