Friday, 30 March 2012

Ahli Kumpulan Kami





Nama: Nurazlina Binti Hassan
No Matrik: 6739
Sem: 4
Group: D


Nama: Ummi Shahira Binti Abd Azizi
No Matrik: 6724
Sem: 4
Group: D


Nama: Nurul Suhaidah Binti Abu Bakar
No Matrik: 7031
Sem: 4
Group: D


Nama: Nurul Hidayu Binti Lemat
No Matrik: 7332
Sem: 4
Group: D






Sunday, 25 March 2012

BUNYI-BUNYI HAIWAN LIAR

BUNYI-BUNYI HAIWAN





BUNYI GAJAH


BUNYI HARIMAU


BUNYI SINGA


BUNYI MONYET


RANCANGAN MENGAJAR (RM)



Rancangan Mengajar

Kelas                           :  Auyyun An-Nur.
Bilangan murid           :  25/25 orang.
Umur                           :  6 tahun.
Hari                             :  Rabu ( minggu ke- 4 ).                   
Masa                            : 45 minit ( 9.00 pagi – 9.45 pagi )
Tarikh                         :  23 Ogos 2012.
Tema                           : Haiwan Liar
Tunjang utama            :  Tunjang Komunikasi – Bahasa Melayu
Tunjang disepadukan :
        i.            Fizikal dan Estetika - Kreativiti.
      ii.            Perkembangan Fizikal dan Penjagaan Kesihatan.
Standart Pembelajaran Utama :
( BM 1.1.13 ) mendengar dan memberi respon terhadap perbualan, permintaan, cerita, dan lagu.
( BM 1.1.10 ) mengenal pelbagai suara di persekitaran murid.
Standart Pembelajaran yang Disepadukan :
( KTI 2.1.13 ) menyanyi dengan gerakan.
( PFK 2.1.22 ) membuat pergerakan menggunakan seluruh anggota badan

Objektif Pembelajaran                         : Di akhir pembelajaran murid dapat :
                                i.            mendengar dan memberi respon terhadap perbualan, permintaan, cerita, dan lagu ketika proses PNP.
                              ii.            mengenal pelbagai suara haiwan-haiwan liar yang di dengarkan melalui laptop dengan baik.
                            iii.            menyanyi dengan gerakan berdasarkan lagu seperti berjalan seperti gajah, berlari seperti serigala, singa, dan harimau seperti bergayut seperti monyet...
                            iv.            membuat pergerakan menggunakan seluruh anggota badan berpandukan haiwan-haiwan tersebut sambil gunakan topeng haiwan-haiwan liar.

Pengetahuan sedia ada            : murid boleh mendengar dan memberi respon terhadap perbualan, permintaan, cerita, dan lagu ketika proses PNP dengan baik, serta dapat menyanyi dengan membuat pergerakkan berdasarkan lagu, dan membuat pergerakan menggunakan seluruh anggota badan berpandukan haiwan-haiwan tersebut sambil menghasilkan bunyi haiwan itu .
Penerapan nilai                        : Memberi perhatian, bersungguh-sungguh, bekerjasama, mengenalpasti.
Alat Bantu Mengajar              : Kad imbasan, LCD, laptop, topeng, dan kotak, patung haiwan liar.
KBKK                                                : Menghubungkaitkan, menjana idea.
MI                                           : Kinestetik tubuh, intrapersonal, visual dan ruang, muzik, dan verbal linguistik.   
Kosa kata                                : gajah, harimau, singa, monyet dan serigala.



                                                  Rancangan Mengajar
     Masa  
         Aktiviti guru  
         Aktiviti murid   
        Catatan  
Set induksi  
( 5 minit )


-          Guru masuk ke dalam kelas sambil memakai topeng haiwan liar dan membawa sebuah kotak.



-          Guru bertanyakan kepada murid apa yang mereka tahu tentang haiwan liar.



-          Guru menerangkan tentang haiwan liar berdasarkan alat bantu mengajar yang di bawa.



-          Murid melihat dalam keadaan tertanya-tanya.





-          Murid menjawab dengan pelbagai jawapan tentang haiwan liar dengan keadaan yang teruja.




-          Murid mendengar penerangan guru tentang haiwan liar dengan penuh perhatian.

ABM : topeng haiwan liar, kotak, dan patung haiwan liar.

Objektif: -

Penerapan nilai : -

KBKK : -

MI : intrapersonal.
   Langkah 1
  ( 15 minit )


-          Guru meminta murid membentuk separa bulatan.




-          Guru mengeluarkan kad imbasan dan meminta murid mengejaan menyebut nama-nama haiwan tersebut.





-          Kemudian, guru memilih murid secara rawak dan meminta mereka memadankan gambar dan nama haiwan yang di letakkan di papan putih.



-          Guru meminta murid berdiri di tempat masing-masing untuk aktiviti nyanyian tentang haiwan liar sambil melakukan beberapa pergerakkan tentang haiwan tersebut yang tertera pada LCD.


-          Murid mendengar arahan guru dan bergerak membentuk separa bulatan.


-          Murid mendengar arahan guru dan mengeja dan menyebutkan nama haiwan-haiwan yang terdapat pada kad imbasan.



-          Murid memadankan gambar dan nama seperti yang diminta oleh guru dengan perasaan yang teruja.




-          Murid mendengar arahan guru dan melakukan aktiviti tersebut dengan perasaan yang seronok dan gembira.





ABM : kad imbasan, LCD, laptop.


Objektif :
 ( i ) ( iii ) ( iv )


Penerapan nilai : memberikan perhatian


KBKK :  menjana idea.


MI : kinestetik tubuh, muzik, dan verbal linguistik.
   Langkah 2
  (20 minit )


-          Guru membahagikan murid kepada 5 kumpulan di mana setiap kumpulan mempunyai seekor haiwan liar yang telah mereka pelajari dan guru meminta seorang wakil dari setiap kumpulan tersebut ke hadapan.







-          Guru meminta wakil-wakit tersebut untuk memilih salah satu daripada sampul surat yang bewarna yang berada di tangan guru dan meminta mereka merahsiakan daripada rakan mereka haiwan apakah yang mereka dapat.



-          Guru meminta ahli kumpulan lain duduk di tempat masing-masing, dan meminta setiap wakil daripada kumpulan untuk membuat pergerakkan dan suara haiwan yang mereka pilih, dan meminta rakan mereka yang lain untuk meneka apakah haiwan tersebut.




-          Setelah selesai, guru meminta murid duduk di tempat masing-masing dan guru memberikan lembaran kerja. Guru meminta murid untuk memadankan dan mengisi tempat kosong dengan nama yang sesuai dengan haiwan yang telah mereka pelajari sambil memberikan bimbingan kepada murid yang tidak tahu.



-          Murid bergerak membentuk 5 buah kumpulan dan wakil daripada kumpulan tersebut ke hadapan seperti yang di minta oleh guru.







-          Murid memilih sampul surat yang berda di tangan guru dengan perasaan teruja.








-          Murid mendengar dan mengikut arahan seperti yang diminta oleh guru, dan melakukan aktiviti tersebut dengan perasaan gembira.











-          Murid meminta guru menunjukkan nama haiwan yang mereka tidak tahu.

ABM : laptop, sampul surat berwarna, lembaran kerja.


Objektif :
( ii ) ( iii ) ( iv )

Penerapan nilai    :  bekerjasama, menumpukan perhatian.


KBKK :  menghubungkaitkan.


MI :   kinestetik tubuh, muzik, dan verbal linguistik.

  Penutup  
( 5 minit )


-          Guru bersoal jawab dengan murid tentang apa yang telah mereka pelajari pada hari ini.




-          Guru meminta murid menamakan semula haiwan liar dan suara mereka yang ditunjukkan oleh guru melalui kad imbasan.


-          Guru meminta murid berdiri dan menyanyikan semula lagu yang telah dipelajari iaitu tentang haiwan liar bersama-sama.



-          Murid menjawab dengan penuh semangat tentang apa yang telah mereka pelajari pada hari ini iaitu tentang haiwan liar.



-          Murid menamakan semula haiwan liar dan suara mereka seperti yang diminta oleh guru.





-          Murid mendengar arahan guru, dan menyanyikan bersama-sama.

ABM : kad imbasan, LCD



Objektif :
( i ) ( ii ) ( iii ) ( iv )

Penerapan nilai :  member tumpuan,  mengenalpasti.

KBKK :  menghubungkaitkan, menjana idea.










Impak : Secara keseluruhannya, sebahagian besar orang murid telah dapat mencapai objektif pembelajaran dan pengajaran pada hari ini iaitu tentang haiwan liar. Cara pengajaran penggunaan alat bantu mengajar ( ABM ), adalah penting untuk murid-murid, misalnya penggunaan bahan maujud supaya murid akan lebih faham tentang P&P selain daripada membuat latihan. Oleh itu, guru perlu meningkatkan kepelbagaian teknik dan kaedah pengajaran agar murid-murid lebih faham tentang apa yang diajar oleh guru.



Lagu : mana jari saya

Mana harimau?….mana harimau?
Aumm..aumm…aummm..aumm..aummm..aumm
Di sana ada harimau…. Di sana ada harimau…La..la..la..la..la..la..

Mana gajah?….mana gajah?
Dumm…dumm..dumm..dumm..dumm..dumm..
Di sana ada gajah…. Di sana ada gajah…La..la..la..la..la..la..

Mana singa?….mana singa?
Grrr…grr…grr…grr..grr…grr….
Di sana ada singa…. Di sana ada singa…La..la..la..la..la..la..

Mana monyet?….mana monyet?
Uuk..ukk..uuk..uuk..uuk…uuk…
Di sana ada monyet…. Di sana ada monyet…La..la..la..la..la..la..

Mana serigala?….mana serigala?
Wuff..wuff..wuff..wuff..wuff..wuff….
Di sana ada serigala…. Di sana ada serigala…La..la..la..la..la..la..










Lembaran Kerja


Nama   :
Tarikh  :
Hari     :


Padankan gambar yang sesuai.





























Lembaran Kerja 2


Nama   :
Tarikh  :
Hari     :


Sambungkan titik-titik perkataan tersebut.









gajah



 serigala


 harimau


 singa







monyet
Ciri-Ciri Haiwan Liar Gajah, Harimau, Singa, Monyet, Dan Serigala.





Gajah mempunyai belalai untuk mencari makan. Gajah mempunyai daun telinga yang besar, serta kulit yang tebal dan berkerut. Daun telinga yang besar sering dikibas - kibaskan untuk mengusir haiwan kecil yang mengganggunya. Kulitnya yang berkerut berguna untuk memperluas permukaan tubuh, sehingga mudah menghilangkan panas tubuh. Bulu yang tumbuh pada tubuhnya pendek dan tipis, jadi gajah tidak kepanasan. Haiwan ini mempunyai ciri - ciri yang khusus untuk bertahan hidup dan untuk memenuhi perlu untuk hidupnya.





Harimau merupakan spesies kucing liar yang paling terkenal. Harimau biasanya berbulu kemerahan atau perang berkarat, bulu dadanya berwarna keputihan, "berjambul" putih melilit mukanya, dan belang-belang yang berwarna perang, kelabu atau hitam. Setiap spesies harimau memiliki bentuk dan kepadatan belang yang berlainan dari spesies yang lain. Setiap harimau memiliki corak belang yang unik padanya. Walaupun begitu, ini bukan cara yang biasa digunakan kerana sukarnya merakam corak belang seekor harimau liar. Mungkin sekali belang berfungsi sebagai alat penyamaran untuk membantu harimau menyorokkan diri dalam bayang dan rumput panjang di persekitarannya, sambil menghendap mangsanya. Harimau juga memiliki kaki dan bahu yang amat kuat, yang membolehkannya mengheret mangsa yang lebih berat daripada dirinya. Harimau betina lebih kecil berbanding harimau jantan dalam setiap subspesies. Perbezaan saiz antara harimau jantan dan betina lebih ketara dalam spesies yang lebih besar. Selain itu, harimau jantan lebih luas tapak kaki depannya berbanding harimau betina.





Singa merupakan haiwan  yang hidup dalam kelompok. Biasanya terdiri dari seekor jantan dan banyak betina. Kelompok ini lantas menjaga daerah kekuasaannya. Singa betina jauh lebih aktif dalam berburu, sedangkan Singa jantan lebih santai dan selalu bersikap menunggu dan meminta hasil buruan daripada singa betina, tetapi kelemahan singa ialah tidak bisa memanjat pohon sebagus kucing-kucing besar lainnya.
Singa jantan di tumbuhi bulu tebal disekitar tengkuknya, hal ini lebih menguntungkan untuk melindungi tengkuknya, terutama dalam perkelahian bebas antara kucing besar, yang terkenal dengan selalu menerkam tengkuk untuk melumpuhkan musuhnya.






Monyet adalah binatang yang pintar. Monyet juga mempunyai 2 kaki dan 2 tangan yang panjang untuk bergayut di atas dahan pokok yang tinggi. Monyet juga memiliki rambut atau bulu yang panjang untuk melindungi dironya dari kesujukan dan monyet juga memiliki kelebihan dengan mempunyai ekor yang panjang untuk bergayut. Boleh memanjat pokok dengan pantas. Haiwan ini juga memakan buah – buahan, ikan, daging dan lain – lain.







Serigala adalah haiwan pemburu yang sangat baik. Tapak kaki serigala dewasa sangat besar, seekor serigala hidup dan berburu dalam kelompok. Satu kelompok serigala biasanya terdiri daripada dua serigala atau paling banyak 20 serigala, tergantung pada faktor-faktor seperti habitat dan faktor makanan.
Serigala juga mempunyai lapisan yang tebal untuk melindungi dirinya daripada kesejukan. Haiwan ini juga mempunyai gigi taring juga mempunyai deria penglihatannya sangat tajam pada waktu malam. Serigala adalah haiwan karnivor yang hanya memakan daging.




Haiwan Liar 
1. Haiwan liar adalah makhluk ciptaan tuhan dan terdapat juga berjuta-juta spesis-spesis haiwan yang wujud di dunia ini.
2. Secara umumnya haiwan ini juga boleh dibahagikan kepada dua kumpulan iaitu:
- Haiwan liar
- Haiwan ternakan
3. haiwan liar juga mempunyai hak. banyak spesis-spesis haiwan yang telah atau hampir pupus, akibat perbuatan manusia-manusia. aktiviti pemburuan yang semakin tidak terkawal boleh juga menjejaskan kewujudan sesetengah jenis-jenis haiwan.